Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Perkongsian saya yang seterusnya ialah mengenai kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan.
Menurut Goleman (1998) kecerdasan emosi adalah kemampuan untuk mengawal dan mengelolakan diri sendiri dan orang lain dari aspek perasaan, emosi dan tingkah laku. Ia juga merupakan tindakan dan kepintaran untuk mengubahsuai sesuatu tingkah laku bersesuaian dengan masa dan keadaan.
Seterusnya, Sternberg (1995) telah mengemukakan teori kecerdasan kejayaan (successful intelligent) yang menyatakan bahawa kelakuan kecerdasan adalah hasil daripada aplikasi strategi pemikiran,
penanganan masalah dengan kreatif dan penyesuaian konteks dengan memilih dan mengubah
persekitaran.
Oleh itu, perbahaskan pernyataan di atas.
Kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan. Dalam dunia pekerjaan, kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting. Hal ini, kerana kecerdasan emosi dan sosial akan membentuk serta menentukan sifat seseorang individu. Secara am nya, kecerdasan intelek amat diperlukan dalam sesebuah pekerjaan terutamanya pekerjaan yang memerlukan tahap pengetahuan dan kemahiran yang tinggi. Walau bagaimanapun, tahap kecerdasan emosi dan sosial individu tersebut akan lebih mempengaruhi individu tersebut dalam dunia pekerjaan. Misalnya, walaupun seseorang pekerja mempunyai tahap intelek yang tinggi, sekiranya emosi pekerja tersebut mudah terganggu disebabkan kercerdasan emosi yg tidak baik, pastinya akan mempengaruhi kualiti kerja pekerja tersebut. Selain itu, kecerdasan sosial yang menunjukkan tahap pergaulan dan komunikasi seseorang dalam sesuatu masyarakat. Tanpa kecerdasan sosial yang baik, di mana pekerja tersebut sukar untuk berkomunikasi dengan pekerja lain serta pihak atasannya, turut mempengaruhi cara kerja pekerja di mana kecerdasan intelek atau pengetahuan yang dimiliki pekerja tidak dapat di gunakan sepenuhnya, kerana dalam dunia pekerjaan tahap sosial ataupun komunikasi amat penting.
ReplyDeleteTerima Kasih saudari Ain. Ya benar sekali. Dalam dunia pekerjaan, kecerdasan emosi dan sosial merupakan perkara yang sangat signifikan.Hal ini kerana,kecerdasan emosi dan sosial akan menetukan sifat dan sikap seseorang. Sememangnya kecerdasan intelektual penting dalam dunia pekerjaan. Akan tetapi,jika hanya ilmu pengetahuan tinggi tetapi tahap kecerdasan emosi dan sosial tidak stabil, ini akan melahirkan insan yang tidak seimbang. Disamping itu, tahap kualiti kerja individu tersebut akan merosot sekiranya tahap kecerdasan emosi dan sosial tidak stabil.
Deletehai sis nurul, apa khabar? heheheee. berdasarkan tajuk di atas ingin saya kongsikan serba sedikit mengenainya. bagi saya kecerdasan Emosional adalah kemampuan untuk memonitor emosi diri sendiri dan orang lain, serta menggunakan informasi emosi untuk memandu cara berfikir dan perilaku.
ReplyDeleteKecerdasan emosional (EQ) ditandai dengan kemampuan seseorang mengendalikan diri dalam menghadapi keadaan sulit. Dengan pengendalian yang kuat, ia boleh membuat seseorang menjadi dengan tenang melihat permasalahan dan dengan tenang memperhitungkan impak dari suatu keputusan atau suatu tindakan.
Setiap orang mempunyai perbezaan personaliti, keperibadian, keinginan dan bagaimana menunjukan emosi. Perhatian orang yang cerdas secara emosi bukan hanya berrfikir logik tetapi juga mampu berfikir arif dan bijak, Ia bukan hanya mengenali siapa dirinya, tetapi juga berusaha mengenali orang lain yang berhubungan dengan masalah yang dihadapi sehingga kehadirannya dapat memecahkan masalah bukan membuat masalah baru. sekian terima kasih sis.
Hai Rara. Sihat Alahamdulillah. Terima kasih kerana berkongsi idea. Kecerdasan emosidapat dikaitkan dengan kemampuan seseorang itu untuk mengendali emosi dirinya sendiri dan emosi orang lain. Di samping itu, ia dapat menggunakan informasi emosi untuk mengelola cara berfikir dan perilaku individu tersebut. Seseorang yang bijak mengawal emosi akan bijak dalam mengawal tingkah laku dan setiap permasalahan yang dihdapinya. Individu tersebut dapat membuat keputusan dengan baik. Setiap individu mempunyai personaliti yang berbeza.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan tajuk yang dibahaskan di mana, kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan. Hal ini kerana, seseorang individu yang kecerdasan emosinya berbanding kecerdasan intelek juga boleh menyebabkan konflik dalalm dirinya.Apabila emosi tidak stabil, maka tingkah laku seseorang juga tidak akan stabil. Keadaan ini dapat dilihat apabila terdapat segelintir individu yang mempunyai tahap kecerdasan intelek(IQ) yang tinggi tetapi menyalahgunakan kelebihan tersebut bagi tujuan melakukan perbuatan negatif dengan melakukan jenayah dan kes-kes devian sosial seperti perompakan,penculikan dan pembunuhan. Sebagai contoh, Ted Bundy adalah merupakan pembunuh bersiri sekitar pada tahun 1985-1990 di Amerika Syarikat yang dikatakan mempunyai tahap IQ yang tinggi.Begitu juga dengan halnya kemunculan penggodam komputer ataupun 'hacker' yang dikatakan mempunyai IQ yang tinggi. Semua ini secara umumnya jelas menunjukkan bahawa kecerdasan emosi dan kecerdasan sosial adalah lebih berperanan penting dan lebih baik dalam menentukan kejayaan seseorang individu. Begitu juga dalam dunia pekerjaan seseorang individu.
ReplyDeleteTerima kasih saudara Azrin kerana bersetuju dengan tajuk yang saya bahaskan. Sekiranya emosi seseorang itu tidak stabil, ia akan mempengaruhi tingkah laku sesorang individu tersebut. Sebagai contohnya, ada segelintir masyarakat yang mempunyai tahap kecerdasan intelek yang tinggi, namun mereka menyalahgunakan kelebiahn tersebut untuk tujuan perkara yang negatif. Sebagai contohnya, mereka melakukan kes-kes jenayah seperti pembunuhan, penculikan dan jenayah siber. Sekiranya seseorang itu mempunyai tahap kecerdasan emosi dan sosial yang stabil, mereka tidak akan melakukan perkara-perkara negatif.
DeleteAsalamualaikum dan salam sejahtera Nurul. Saya turut berpendapat bahawa setiap insan perlu memiliki kecerdasan emosi, kecerdasan sosial serta kecerdasan intelektual kerana ianya adalah sama penting di dalam dunia pekerjaan pada hari ini. Namun begitu, terdapat pelbagai pendapat menyatakan bahawa kecerdasan emosi dan sosial lebih dititikberatkan di dalam dunia pekerjaan. Hal ini kerana, KKE berbeza dengan IQ (Intelligence Quotient) yang dianggap sebagai terlalu cetek dan telah lapuk jika digunakan untuk menilai dan mengesan kejayaan seseorang. IQ hampir kekal bersama kita sepanjang hayat. Sedangkan KKE boleh dipupuk melalui latihan dan bimbingan yang betul. KKE boleh dipelajari. Goleman (2002) berpendapat bahawa KKE penting di dalam pekerjaan. Menurut beliau, seseorang yang mempunyai IQ yang tinggi tetapi memiliki EQ yang rendah sukar berjaya dalam kerjaya. Ini bermakna keseimbangan antara IQ dan EQ amat penting dalam memburu kejayaan dalam kerjaya. Di dalam bidang pendidikan, KKE amat penting kerana sebab-sebab seperti guru yang gembira, ceria dan mengambil berat akan menjadikan pelajar gembira semasa belajar, elemen terpenting untuk membina suasana pengajaran dan pembelajaran yang sihat dan gembira dan KKE adalah elemen terpenting yang membuktikan guru dapat mengawal emosi mereka, terutama emosi negatif secara autentik, sebenar dan sihat.
ReplyDeleteWassalam dan Salam sejahtera saudari Farel. Ya saya juga berpendapat begitu. Kecerdasan emosi dan sosial sangat dititikberatkan dalam dunia pekerjaan. Hal ini kerana, melalui tahap ini, pekerja tersebut akan dinilai samaada dari segi perilaku dan pemikirannya. Banyak juga teori yang menyatakan bahawa seseorang yang mempunyai IQ yang tinggi tetapi memiliki EQ yang rendah sukar untuk berjaya. Salah satunya ialah teori dari Goleman (2002). Sekiranya tahap kecerdasan emosi dan sosial individu itu seimbang,dia akan menunjukkan sikap yang positif.
ReplyDeleteThumb's up bakal cikgu !
ReplyDelete