Translate

Monday, 14 December 2015

MASALAH YANG MUNGKIN DIHADAPI OLEH KANAK-KANAK YANG TIDAK MEMPUNYAI HUBUNGAN PERAPATAN DENGAN BAPA DAN KESAN-KESANNYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Perkongsian saya yang seterusnya ialah masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa.

Hubungan perapatan bermaksud hubungan kasih-sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Ia berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada seseorang dalam perhubungannya dengan individu lain. Perapatan awal iaitu pada zaman kanak-kanak mempengaruhi hubungan emosi individu pada masa akan datang, maka ibu bapa dan guru-guru mesti memahami bagaimana perapatan mempengaruhi pembentukan emosi kanak-kanak. Salah satu hubungan perapatan adalah antara anak dan seorang ayah.

Kebanyakan kanak-kanak masa kini lebih rapat dengan ibu berbanding ayah mereka. Hal ini kerana, kanak-kanak berpendapat bahawa ibu merupakan orang yang paling rapat dengan mereka dan boleh berkongsi masalah.

Menurut Bowlby (1969), terdapat empat fasa dalam pembentukan perapatan, iaitu:

• Fasa 1 (lahir hingga 8 minggu) – bayi menerima orang lain di sekelilingnya tetapi kebolehan untuk membezakan mereka adalah sangat terhad. Contohnya, bayi tidak menangis jika didukung oleh sesiapa sahaja.

• Fasa 2 (8 minggu hingga 6 bulan) – bayi mula dapat membezakan tingkah laku terhadap individu tertentu. Contohnya, bayi menangis jika didukung oleh individu yang sering menjerit kepadanya.

• Fasa 3 (6 bulan hingga 2 tahun) – bayi memilih individu tertentu dan berhati-hati dengan individu lain. Contohnya, bayi hanya membenarkan individu tertentu menyentuh atau duduk berhampirannya.

• Fasa 4 (2 tahun ke atas) – kanak-kanak mula dapat membezakan hubungan emosinya dengan orang lain. Peringkat ini dianggap permulaan hubungan emosi sebenar.

Hubungan antara ibu bapa dan anak-anak dilihat memainkan peranan yang besar dalam membentuk perapatan selamat. Apabila kanak-kanak dilindungi, dikasihi, disayangi, dipenuhi segala keperluan asas, maka kanak-kanak dapat membentuk perapatan selamat dengan ibu bapa atau penjaga. Bagi kanak-kanak yang membentuk perapatan tidak selamat pula, ia dikaitkan dengan status ekonomi sosial keluarga yang rendah, keluarga yang porak-peranda, atau menjadi mangsa dera.


8 comments:

  1. Komunikasi yang berkesan antara bapa dan anak adalah penting. Bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar serta bersukan mengikut kesesuaian umur anaknya.
    Antara masalah yang dihadapi jika kanak-kanak tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa ialah, Hubungan antara anak menjadi renggang. Sebagaimana, anak-anak merasa kurangnya kasih sayang dan tumpuan terhadap mereka dirumah. Masalah inilah terciptanya jurang perapatan antara anak dengan bapa mereka. Tambahan pula, anak-anak akan mudah terjebatnya dengan gejala liar tanpa ada batasannya kerana kurangnya pengawalan daripada bapanya. Adakala bapa yang pulang penat dari bekerja biasanya tidak sempat meluangkan waktu bersama anak-anak mereka untuk berbual-bual serta tidak sempat melayan kerenah anak-anak. Jelaslah, membuatkan mereka semakin renggang dan jauh, bahkan malu untuk berkomunikasi walaupun hubungan mereka adalah sebagai anak dengan bapa seperti perpatah ada mengatakan ‘air yang dicincang tidak akan putus’. Oleh yang demikian, bapa harus memberi keutamaan dan melihat sendiri perkembangan yang sedang dilalui oleh anak mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana memberi komen. Saya sangat bersetuju. Hal ini kerana, jika komunikasi antara bapa dan anak baik maka hubungan kekeluargaan mereka akan rapat. Bapa seharusnya memainkan peranan yang penting untuk hubungannya bersama anak menjadi lebih rapat. Jika komunikasi tidak baik, maka akan tercetus masalah yang akan menyebabkan hubungan menjadi renggang. Jika hubungan anak-anak dengan bapa renggang, anak-anak tersebut akan mudah terjebak dengan masalah gejala sosial. Dalam konteks ini, bapa perlu memainkan peranan yang penting untuk menjaga hubungannya bersama anak.

      Delete
  2. hai sis, saya raraa ingin berkongsi beberapa pendapat tentang hubungan atau perapatan antara anak dan ibubapa mengikut kefahaman saya secara umum kerana saya tidak pernah belajar tentang Pendidikan Awal kanak-kanak sebelum ini.

    Hubungan akrab atau rapat terbentuk apabila persekitaran keluarga itu menekankan keselamatan sosial kanak-kanak. Anak yang rapat dengan kedua-dua ibubapanya merupakan satu strategi yang boleh mempertimbangan apa sahaja kemahuan anak-anak tersebut ataupun ibubapa yang rapat dengan anak akan membekalkan aspek keselamatan supaya keadaan keluarga mereka sentiasa selamat. Saya berpendapat begini kerana anak yang mempunyai perapatan dengan ibubapa, saya percaya bahawa itu adalah didikan awal yang didedahkan oleh ketua keluarga sejak mereka kecil. sebagai contoh kita dapat lihat bahawa keluarga yang mempunyai hubungan perapatan, boleh menangani masalah anak dengan baik. Manakala ibubapa yang tidak mempunyai hubungan perapatan itu dengan anak, jelas kita lihat bahawa anak-anak mereka sering takut dan merasa tidak bebas, dan kebanyakannya keluarga yang kurang perapatan ini adalah dari golongan keluarga yang berpangkat.
    Tambahan pula, dengan kurangnya perapatan dengan ibubapa, anak-anak akan mula memberontak, membuat perkara yang mereka suka, lari dari rumah dan sebagainya. Emosi mereka juga terganggu dan ini akan menyebabkan mereka menjadi pendiam, tidak aktif di sekolah, jarang berada di dalam rumah sendiri dan pembelajaran akan tereganggu.
    Oleh itu, saya syorkan bahawa hubungan perapatan antara ibubapa dan anak haruslah dijaga. Keperluan yang sangat penting dalam keluarga ialah kasih sayang antara satu dengan yang lain.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana memberi komen yang baik. Saya juga sangat berpendpat bahawa hubungan perapatan bermula sejak anak itu kecil sehingga besar. Cara didikan dan asuhan ibu bapa sangat penting dari kanak-kanak itu lahir sehinggalah mereka sudah dewasa. Hal ini kerana, apabila anak-anak itu didik dalam acuan yang baik, amak akan lahirlah anak-anak yang positif.
      Saya juga bersetuju bahawa anak-anak yang renggang dengan ibu bapa ialah dari golongan ayang berpangkat. Hal ini kerana, ibu abpa dari golongan ini sangat sibuk bekerja sehingga terlupa tanggungjawab terhadap anak-anak mereka. Dalam konteks ini, anak-anak akan mula terasa diabaikan dan kurang kasih sayang. Oleh utu, mereka mula terjebak dengan gejala sosial. Sekiranya kanak-kanak itu tidak rapat dengan ibu bapa, maka mereka akan mdah untuk memberontak dan melawan cakap ibu dan ayah mereka.

      Delete
  3. Hai cikNurul. Saya amat tertarik dengan isu yang dibincangkan. Disini saya ingin menghujahkan tentang perapatan antara ibu bapa. Ibu bapa adalah guru pertama dalam didikan awal kanak-kanak. Hubungan kasih sayang antara anak dan ibu bapa serta persekitaran boleh ditafsir sebagai perapatan.Tugasan ini mendedahkan tentang konsep dan jenis-jenis perapatan. Selain itu ia juga membincangkan tentang fasa-fasa pembentukan perapatan dan kesan perapatan terhadap emosi anak. Tujuan utama tugasan ini adalah bagi memperkenalkan modul kaedah didikan keluarga. Modul ini adalah bagi berkongsi pendapat dengan ibu bapa bagaimana bagi membentuk perapatan selamat dengan anak dan kesan terhadap anak bila meningkat dewasa. Selain itu modul ini juga membincangkan gejala sosial yang dilakukan oleh remaja yang kurang kasih sayang dari ibu bapa. Modul ini juga membincangkan tentang kaedah urutan kepada bayi dan beberapa cadangan aktiviti bagi membantu ibu bapa menjalinkan perapatan dengan anak. Selain itu terdapat juga cadangan bagi memperkukuhkan lagi konsep perapatan dalam didikan awal kanak-kanak.
    KONSEP PERAPATAN
    Perapatan merupakan hubungan kasih sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. perapatan juga berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada seseorang. ianya terbentuk sejak lahir lagi iaitu semasa bayi berada dalam kandungan ibu. perapatan boleh diwujudkan melalui interaksi dengan ibu bapa, ahli keluarga, rakan-rakan, guru-guru, jiran-jiran dan masyarakat.
    Menurut Pipp & Haromon (1987), perapatan merupakan sejenis hubungan emosi yang kuat antara dua individu yang cuba dikekalkan melalui kemesraan fizikal seperti sentuhan, penglihatan, pendengaran, senyuman atau percakapan. Dalam perkembangan emosi bayi, perapatan yang dibentuk adalah di antara bayi dan penjaganya. Ikatan atau hubungan ini adalah untuk mendekatkan penjaga kepada dirinya bagi memenuhi keperluan-keperluan asas, keselamatan dan kasih sayang. Menurut Erikson (1986), tahun pertama merupakan jangka masa yang penting membentuk ikatan (bond) atau perapatan antara bayi dengan penjaga. Dia juga menekankan bahawa kekuatan ikatan ini ditentukan oleh respons yang ditunjukkan oleh ibu atau penjaga kepada bayi.
    Selain itu, apabila dilihat dari sudut islam pula, terdapat satu hadis yang menyokong konsep perapatan. Aqra' b. Habitah berjumpa Rasulullah, semasa perbincangan Hassan cucu Rasulullah datang, baginda mencium hassan. Aqra' berkata, " saya ada 10 anak tetapi tidak pernah mencium mereka". Rasulullah berkata, " Allah akan memuliakan mereka yang menunjukkan kasih sayang kepada anak". Hadis ini jelas menunjukkan bahawa islam amat menitik beratkan soal perapatan dalam kehidupan sehingga Allah akan memuliakan ibu bapa yang menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak mereka.Sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Tira. Ya. Bagi saya perapatan sangat penting dalam menjaga sesuatu hubungan kekeluargaan. Hal ini kerana, hubungan perapatan ini berfungsi untuk meberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada individu. Perapatan juga merupakan sejenis hubungan emosi yang kuat antara dua individu untuk membentuk suasana kemesraan fizikal dari segi sentuhan, penglihatan, pendengaran, senyuman dan percakapan. Hubungan perapatan juga memenuhi keperluan asas seperti kasih sayang.

      Delete
  4. Nurul, pada pendapat saya, masalah yang mungkin dihadapi atau berlaku kepada anak-anak yang tidak mempunyai hubungan perapat dengan bapa adalah menjadi lebih agresif kerana disebabkan faktor kurangnya bimbingan daripada seorang bapa. Kanak-kanak sering melakukan perkara yang boleh melampiskan perasaanya contohnya dengan melawan arahan ibunya apabila ayahnya tidak berada dirumah. Di samping itu, kemungkinan besar kanak-kanak akan bersikap lebih agresif dengan melemparkan barang-barangnya di dalam rumah kerana inginkan perhatian dan kasih sayang seorang bapa. Hal ini kerana,bapa merupakan ketua ahli keluarga dan mampu menjaga keluarga. Bapa juga mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mendidik dan membimbing anak-anak mereka ke arah yang benar sama ada di dunia mahupun akhirat. Seorang bapa sering dikaitkan dengan sikapnya yang tegas kerana sikap semulajadi bapa adalah membimbing dan menjaga ahli keluarga.Namun peranan ibu juga penting dalam sebuah institusi kekeluargaan. Walaubagaimanapun,anak-anak yang kurang masa untuk bersama dengan seorang bapa akan lebih gemar untuk bersama-sama dengan rakan-rakan dan sering terjebak dengan gejala yang tidak sihat. Ini disebabkan oleh faktor kurangnya perhatian dan bimbingan dari seorang ayah. Oleh sebab itu,kanak-kanak mengambil inisiatif lain untuk menghabiskan masa yang lebih dengan kawan-kawan mereka.

    ReplyDelete
  5. Bagi saya bapa merupakan individu yang sangat penting dalam mewujudkan hubungan perapatan. Hal ini kerana bapa sebagai ketua keluarga perlu bertindak untuk mengeratkan lagi hubungannya bersama ahli keluargnya terutama anak-anaknya. Sebagai seoranag bapa juga, dia bertanggungjawab untuk memberi didikan dan asuhan yang sempurna sejak dari lahir sehingga anak-anak itu dewasa. Dari situ, kita dapat lihat bahawa hubungan perapatan bermula sejak kecil. Ibu juga bertindak sebagai pembantu untuk membantu ayah dalam mengeratkan hubungan dengan anak-anak. Maka akan wujud sebuah institusi kekeluargaan yang baik.

    ReplyDelete