Assalamualaikum dan salam sejahtera. Perkongsian saya yang seterusnya ialah masalah stress yang dialami oleh kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia. Banyak faktor yang menyebabkan berlakunya stress yang dialami oleh kanak-kanak. Oleh itu, beberapa langkah yang berkesan perlu diambil untuk menangani masalah stress yang dialami oleh mereka.

Pada pendangan saya,kanak-kanak semuda usia prasekolah boleh mengalami kemurungan.Jika kanak-kanak prasekolah anda muncul untuk bergerak melalui serangan rasa tidak puas hati yang melampau, kemurungan prasekolah boleh untuk menyalahkan.Bagi memastikan beliau tidak mengalami penderitaan mental ini lebih lama daripada yang perlu, perhatikanlah penderitaan beliau dan berusaha untuk menentukan sama ada kemurungan adalah pada akar.
ReplyDeleteDi peringkat sekolah rendah pula berbeza dengan keadaan mental kanak-kanak prasekolah.Antaranya ialah,keadaan mental kanak-kanak di peringkat sekolah rendah,kanak-kanak akan menghadapi tekanan mental seperti rasa risau berpisah dengan ibu bapa atau penjaga,terutamanya di sekolah rendah atau mula meninggalkan rumah untuk ke asrama.
kesimpulanya,kanak-kanak prasekolah dan pelajar sekolah rendah hari ini memang menghalami stres yang sangat tinggi dalam hidup mereka.malah,kesihatan dan perkembangan sosioemosi mereka turut terjejas teruk akibat daripada stres tersebut.
Oleh itu,kita sebagai masyarakat perlu memandang serius mengenai hal ini kerana anak-anak ini merupakan generasi yang akan menerajui negara kita pada masa hadapan.
Terima kasih atas pandangan anda saudari Penghulu Cahaya. Saya bersetuju dengan pendapat anda. Hal ini kerana, berdasarkan pengalaman saya, semasa saya membuat kajian di tadika, sebilangan kanak-kanak di tadika tersebut mengalami kemurungan. Hal ini kemungkinan disebabkan oleh beberapa faktor persekitaran di tadika tersebut. Antara faktor yang menyebabkan kanak-kanak tersebut mengalami kemurungan ialah guru di tadika mempunyai sikap yang garang terhadap kanak-kanak tersebut. Apabila guru bersikap marah terhadap kanak-kanak tersebut, ia akan mengganggu emosi kanak-kanak tersebut. Sebagai contohnya, apabila pulang ke rumah, kanak-kanak tersebut akan mengadu kepada ibu bapa mereka.
DeleteSeterusnya, pada peringkat sekolah rendah, ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting. Hal ini kerana, pada waktu ini, kanak-kanak akan mula berpisah dengan ibu bapa untuk ke sekolah. Saya bersetuju dengan pendapat saudari. Hal ini kerana, kanak-kanak akan mula rasa tertekan sekiranya mereka mula untuk masuk ke asrama. Di samping itu, perkembangan sosioemosi mereka juga akan terjejas. Dalam konteks ini, guru perlu bijak untuk mengawal keadaan.Sebagai contohnya, guru perlu bijak mengawal keaadan sekiranya kanak-kanak tersebut memberontak dan mengalami keadaan stress yang tidak terkawal.
hai sis nurul, izinkan saya memberi komen mengenai tajuk tersebut. Pada peringkat umur kanak-kanak dalam prasekolah,cara mereka berfikir masih lagi belum berkembang sepenuhnya untuk menganalisis setiap masalah yang mereka hadapi. Hal ini membuat mentaliti mereka tertekan dalam sesetengah keadaan seperti membuat keputusan. Namun demikian , peranan ibubapa mahupun pendidik di prasekolah sangat memainkan peranan yang tinggi untuk melatih mereka untuk belajar berfikir bermula dengan perkara yang kecil supaya mereka membuat pilihan yang baik dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Selain itu, mereka juga sangat mudah terpengaruh disebabkan oleh cara berfikir mereka yang sangat berkembang diperingkat awal. Hal ini menyebabkan mereka tertekan sekiranya mereka terpengaruh dengan kelakuan yang buruk yang akan menyebabkan mereka mengalami masalah mental. Oleh itu dedahkan mereka dengan kelakuan yang baik yang mereka boleh contohi.
ReplyDeletePada umur peringkat sekolah rendah pula cara pemikiran mereka sudah berkembang banyak berdasarkan apa yang mereka pelajari daripada umur prasekolah lagi. Pada linkungan umur ini mereka lebih terdedah dengan dunia luar dan mempunya kebebasan yang lebih bebas daripada linkungan umur prasekolah . Oleh itu mereka mungkin mengalami stress yang lagi tinggi atau lebih rendah berbanding prasekolah . Hal ini sangat dipengaruhi oleh apa yang mereka pelajari diperingkat prasekolah lagi dan juga sangat berkait rapat dengan keadaan sekeliling mereka termasuk bagaimana mereka memilih kawan. sekian sahaja terima kasih.
Hai Rara. Terima kasih atas komen yang membina. Saya juga berpendapat bahawa ibu bapa dan pendidik perlu memainkan peranan yang sangat penting untuk menanagani masalah stress yang dialami oleh kanak-kanak. Hal ini kerana, ibu bapa dan pendidik perlu melatih semula cara pemikiran kanak-kanak dari perkara kecil hinggalah kepada perkara yang besar. Hal ini bertujuan supaya kanak-kanak tersebut dapat membuat pilihan yang baik dalam menyelesaikan sesuatu maslah yang dihadapi oleh mereka. Sikap ibu bapa juga mempengaruhi stress kanak-kanak. Hal ini kerana, jika sikap ibu bapa negatif, ia akan mempengaruhi emosi kanak-kanak tersebut sehingga kanak-kanak tersebut mengalami stress. Sebagai contohnya, jika situasi di rumah seringkali berlaku pergaduhan antara ibu dan bapa, kanak-kanak tersebut akan mengalami gangguan emosi. Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak tersebut stress dan berlaku kecenderungan sikap negatif semasa kanak-kanak tersebut berada di sekolah.
DeleteManakal pada peringkat sekolah rendah, kanak-kanak ini lebih terdedah kepada persekitaran luar. Berkemungkianan, kanak-kanak ini akan lebih mengalami stress yang tinggi. Sebagai contohnya, kanak-kanak tersebut lebih terdedah dengan memilih kawan.
Salam. Saya Tira, disini saya ingin menghuraikan tentang tekanan atau juga disebut sebagai stres merupakan satu bentuk kecelaruan emosi yang kerap berlaku pada masa kini. Individu yang menderita akibat tekanan biasanya menunjukkan pemikiran yang negatif, enggan melibatkan diri dalam aktiviti dan kesukaran berinteraksi secara interpersonal (Abbas & Lida, 2013). Dalam satu kajian yang dijalankan Kementerian Kesihatan pada tahun 2006, iaitu Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan Malaysia mendapati masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja adalah 20.3%, meningkat sebanyak 13% berbanding tahun 1996 (Utusan Melayu, 2011). Ternyata dapatan kajian ini amat membimbangkan dan perlu diberi perhatian dengan lebih serius. Malahan tiada kajian lanjutan yang menunjukkan masalah ini mengalami penurunan.
ReplyDeleteTekanan juga disifatkan dapat menyebabkan beberapa perubahan tingkah laku dan tubuh badan seperti kesakitan fizikal, gangguan emosi dan psikologi serta kemerosotan prestasi seseorang (Jerrold dlm. Mohamad Zaid et.al, 2009). Isu ini mungkin dianggap remeh oleh sesetengah pihak namun jika dibiarkan tanpa jalan penyelesaian ia akan memberikan kesan jangka panjang yang memudaratkan. Hal ini disokong oleh Sapora (2001) dalam penulisannya menyatakan bahawa telah banyak kajian yang dilakukan mendapati tekanan atau stres mempunyai hubungan yang kuat dalam mempengaruhi pencapaian akdemik pelajar. Menguatkan lagi kenyataan ini, Campbell dan Svenson (dlm. Mastura et.al, 2007) menegaskan apabila tekanan dilihat dari aspek negatif atau terlalu tinggi ianya boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan dan pencapaian akademik seseorang lantas menjadikan ia suatu fenomena yang membimbangkan.
Emosi pula membawa definisi bangkitan perasaan dan rasa dalaman hasil tindak balas seseorang terhadap sesuatu perkara, pengalaman dan peristiwa yang berlaku seperti emosi takut, marah, kecewa, gembira, suka dan kasih sayang (Muhammad Uthman Najati dlm. Fariza, 2005). Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) pula menyebut emosi sebagai satu perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, marah, takut, ketawa dan menangis yang terangsang dan melibatkan perubahan psikologi serta fisiologi pada seseorang. Oleh itu, emosi atau gangguan emosi akan memberi kesan buruk kepada individu yang mengalaminya jika tidak dapat dikawal dengan baik. Rentetan daripada Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan Malaysia yang dijalankan, didapati bahawa 11% golongan muda berusia 16 tahun hingga 24 tahun yang menghadapi tekanan emosi ini pernah terfikir untuk membunuh diri (Dewan Siswa, 2012). Maka, dalam konteks penulisan ini tekanan emosi dalam kalangan murid boleh dikatakan sebagai suatu situasi yang menyebabkan seseorang tertekan emosinya akibat daripada peristiwa, pengalaman, atau bebanan di luar kemampuan mereka. Akta Kanak-Kanak 2001 (2006) pula mencatatkan bahawa kanak-kanak dikategorikan mengalami gangguan emosi jika wujud kerosakan pada fungsi mental dan emosi sehingga menyebabkan gangguan mental dan tingkah laku, kebimbangan, kemurungan, memencilkan diri dan menunjukkan tingkah laki permusuhan. Justeru, setiap isu yang membawa kepada tekanan emosi murid perlu ditangani segera agar matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dapat dicapai. Sekian
Wassalam Tira. Terima kasih kerana memberi komen yang membina. Apa yang saya dapat lihat, sememangnya kanak-kanak yang mengalami stress atau tekanan perasaan akan menunjukkan sikap yang negatif dan enggan untuk melibatkan diri dalam sebarang aktiviti serta mengalami kesukaran untuk berinteraksi dengan orang lain. Menurut Arnold Gessel (1995), sekiranya kanak-kanak tersebut mengalami tekanan perasaan, berlaku perubahan tingkah laku seperti gangguan emosi dan kemerosotan prestasi.
DeleteDalam pada itu, terdapat kesan buruk yang akan berlaku kepada kanak-kanak sekiranya tiada pihak yang cuba untuk membantu mereka untuk menangangi masalah stress yang dialami. Salah satu kesan buruk ialah, kanak-kanak tersebut akan mengalami tekanan emosi sehingga menyebabkan untuk membunuh diri. Tekanan emosi yang berlaku dalam kalangan murid boleh disignifikankan dalam situasi diamana melibatkan seuatu peristiwa, pengalaman dan bebanan yang dihadapi du laur kemampuan mereka. Justeru itu, sebagai bakal pendidik, kita perlulah bijak untuk menitikberatkan masalah stress yang dihadapi oleh kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah agar dapat mewujudkan insan yang seimbang pada masa hadapan.
Saya ingin memberikan pandangan saya. Dalam membesarkan kanak-kanak ,ada ketikanya ibu bapa terlupa kanak-kanak perlu diberi masa untuk bermain. Dalam mengejar arus pemodenan masa kini, ibu bapa lebih memberi penekanan kepada pencapaian akademik sehingga ada ketikanya kanak-kanak tidak mempunyai masa langsung tiada masa bermain dan beriadah. Kerap kali ibu bapa mengucapkan kata-kata seperti"kamu asyik nak main sahaja"atau "baca buku itu,jangan main" tanpa menyedari kepentingan bermain bagi kanak-kanak . Peluang seharusnya diberikan kepada kanak-kanak untuk bermain sama ada sendirian atau dengan kawan-kawan secara berkumpulan. Bermain merupakan suatu eleman penting dalam kehidupan kanak-kanak dan sama pentingnya dengan keperluan lain seperti belajar, makan dan tidur. Bermain mengajar kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain serta dapat memupuk kemahiran bersosial seperti berkawan, mengawal diri, berkongsi dan bertoleransi. Bermain juga membantu kanak-kanak memupuk kreativiti dan menyesuaikan diri terhadap persekitaran. Sewaktu bermain, kanak-kanak bebas untuk berlari , ketawa dan menjerit dan ini dapat membantu pernafasan dan menggalakan mereka meluahkan perasaan. Pada masa yang sama bermain bersama rakan-rakan akan juga membantu kanak-kanak mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri mereka dan mempelajari cara bermain dengan betul. Jadi ,pada pandangan saya keadaan kesihatan mental kanak-kanak Pra-sekolah dan sekolah rendah diMalaysia kemungkinan besar mereka berhadapan dengan stress.
ReplyDeleteTerima kasih atas pandangan anda saudara Azrin. Saya bersetuju dengan pendapat anda. Hal ini kerana, semasa peringkat umur kanak-kanak, mereka mempunyai kecenderungan yang kuat untuk bermain. Sudah menjadi fitrah kehidupan kanak-kanak yang masih dapat belum berfikir dengan matang untuk bermain. Saya juga bersetuju bahawa ibu bapa zaman sekarang lebih mementingkan pencapaian akademik terhadap anak-anak mereka. Seharusnya, ibu bapa perlu menyedari tentang kepentingan bermain kepada anak-anak mereka. Sekiranya ibu bapa tidak memberi peluang kepada anak-anak mereka untuk bermain, hal ini akan menyebabkan keinginan mereka untuk bermain akan terbantut dan gangguan esmosi akan terganggu. Dalam situasi ini, kanak-kanak akan mula memberontak dan menunjukkan sikap yang pasif. Dalam pada itu, dengan bermaian, pertumbuhan kognitif kanak-kanak tersebut akan semakin berkembang kerana wujudnya proses sosialisasi. Bermain juga merupakan salah satu cara di mana kanak-kanak dapat menghilangkan stress yang dialami oleh mereka. Sekian.
Delete