Assalamualaikum dan salam sejahtera. Perkongsian saya yang seterusnya ialah masalah stress yang dialami oleh kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia. Banyak faktor yang menyebabkan berlakunya stress yang dialami oleh kanak-kanak. Oleh itu, beberapa langkah yang berkesan perlu diambil untuk menangani masalah stress yang dialami oleh mereka.
Translate
Monday, 14 December 2015
KECERDASAN EMOSI DAN SOSIAL ADALAH LEBIH PENTING DARIPADA KECERDASAN INTELEK DALAM DUNIA PEKERJAAN
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Perkongsian saya yang seterusnya ialah mengenai kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan.
Menurut Goleman (1998) kecerdasan emosi adalah kemampuan untuk mengawal dan mengelolakan diri sendiri dan orang lain dari aspek perasaan, emosi dan tingkah laku. Ia juga merupakan tindakan dan kepintaran untuk mengubahsuai sesuatu tingkah laku bersesuaian dengan masa dan keadaan.
Seterusnya, Sternberg (1995) telah mengemukakan teori kecerdasan kejayaan (successful intelligent) yang menyatakan bahawa kelakuan kecerdasan adalah hasil daripada aplikasi strategi pemikiran,
penanganan masalah dengan kreatif dan penyesuaian konteks dengan memilih dan mengubah
persekitaran.
Oleh itu, perbahaskan pernyataan di atas.

MASALAH YANG MUNGKIN DIHADAPI OLEH KANAK-KANAK YANG TIDAK MEMPUNYAI HUBUNGAN PERAPATAN DENGAN BAPA DAN KESAN-KESANNYA
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Perkongsian saya yang seterusnya ialah masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa.
Hubungan perapatan bermaksud hubungan kasih-sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Ia berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada seseorang dalam perhubungannya dengan individu lain. Perapatan awal iaitu pada zaman kanak-kanak mempengaruhi hubungan emosi individu pada masa akan datang, maka ibu bapa dan guru-guru mesti memahami bagaimana perapatan mempengaruhi pembentukan emosi kanak-kanak. Salah satu hubungan perapatan adalah antara anak dan seorang ayah.
Kebanyakan kanak-kanak masa kini lebih rapat dengan ibu berbanding ayah mereka. Hal ini kerana, kanak-kanak berpendapat bahawa ibu merupakan orang yang paling rapat dengan mereka dan boleh berkongsi masalah.
Menurut Bowlby (1969), terdapat empat fasa dalam pembentukan perapatan, iaitu:
• Fasa 1 (lahir hingga 8 minggu) – bayi menerima orang lain di sekelilingnya tetapi kebolehan untuk membezakan mereka adalah sangat terhad. Contohnya, bayi tidak menangis jika didukung oleh sesiapa sahaja.
• Fasa 2 (8 minggu hingga 6 bulan) – bayi mula dapat membezakan tingkah laku terhadap individu tertentu. Contohnya, bayi menangis jika didukung oleh individu yang sering menjerit kepadanya.
• Fasa 3 (6 bulan hingga 2 tahun) – bayi memilih individu tertentu dan berhati-hati dengan individu lain. Contohnya, bayi hanya membenarkan individu tertentu menyentuh atau duduk berhampirannya.
• Fasa 4 (2 tahun ke atas) – kanak-kanak mula dapat membezakan hubungan emosinya dengan orang lain. Peringkat ini dianggap permulaan hubungan emosi sebenar.
Hubungan antara ibu bapa dan anak-anak dilihat memainkan peranan yang besar dalam membentuk perapatan selamat. Apabila kanak-kanak dilindungi, dikasihi, disayangi, dipenuhi segala keperluan asas, maka kanak-kanak dapat membentuk perapatan selamat dengan ibu bapa atau penjaga. Bagi kanak-kanak yang membentuk perapatan tidak selamat pula, ia dikaitkan dengan status ekonomi sosial keluarga yang rendah, keluarga yang porak-peranda, atau menjadi mangsa dera.

Subscribe to:
Comments (Atom)