Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Di sini saya ingin membentangkan sebuah topik yang menarik yang ingin saya kongsikan kepada anda semua. Topik tersebut berjudul peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak.
Rakan sebaya memainkan peranan yang agak penting dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Kanak-kanak pertengahan dan akhir banyak
menghabiskan masanya dengan berinteraksi dengan rakan sebaya
mereka. Menurut penelitian yang dilakukan oleh Santrock, 2002,
kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun, menghabiskan 40% waktu siangnya
untuk berinteraksi dengan rakan sebayanya. Kegiatan yang biasanya
dilakukan adalah bermain, berjalan-jalan dan bersosial. Kebanyakan
interaksi berlaku di luar rumah ( walaupun dekat dengan rumah ), lebih
terjadi di kawasan-kawasan peribadi daripada di kawasan-kawasan awam,
dan sering terjadi di antara kanak-kanak yang sama jenis jantina
daripada kanak-kanak yang berbeza jenis jantina.
Apa yang anda faham dan tahu mengenai Rakan sebaya?
Menurut Kamus Dewan
Edisi Ke-4, rakan sebaya ialah sahabat yang sama umurnya. Rakan sebaya juga ialah
sahabat daripada lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama
dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai
minat yang sama. Rakan sebaya sangat mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Hal ini kerana, setiap tindakan yang dilakukan oleh rakan sebaya akan mempengaruhi kanak-kanak.
Rakan sebaya adalah antara agen sosial yang berpengaruh di dalam membentuk sikap dan akhlak individu kerana mereka merupakan kelompok rujukan bagi kanak-kanak di dalam tingkah laku mereka.
Perkembangan sosioemosi bermaksud keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberikan tindakbalas terhadap sesuatu dan bertingkah laku mengikut norma masyarakat.
Perkembangan ini dapat dilihat sama ada melalui cara kanak-kanak berkomunikasi dan tingkah laku positif seperti berkongsi, berdikari, dan megikut peraturan atau tingkah laku negatif seperti bergaduh, mengasingkan diri dan kurang dalam keyakinan diri.
Banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Salah satu faktor yang menyebabkan sosioemosi kanak-kanak terganggu ialah faktor rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan penyebab seseorang pelajar itu berjaya atau tidak. Hal ini adalah kerana kawan memainkan pengaruh yang paling kuat
terhadap seseorang individu. Situasi ini adalah selaras dengan satu
kajian yang dijalankan oleh Student Social Support Scale yang menyatakan ,
kanak-kanak merasakan rakan mereka adalah penting kepada mereka (Malecki
& Elliott,1999). Apa saja penyebab seseorang pelajar itu berjaya
adalah pengaruh rakan sebaya.
Kumpulan rakan sebaya juga berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Menurut Quek Miow Leng (2006), rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.
Rakan
sebaya mempunyai pengaruh yang kuat dari segi nilai, sikap dan
pandangan mengenai kehidupan terhadap kanak-kanak. Kanak-kanak akan cuba
untuk menghayati rutin hidup, nilai dan harapan rakan sebaya agar diterima
dan disanjung oleh kumpulannya walaupun kadangkala norma tersebut
menyalahi norma dan nilai keluarga atau masyarakat(Rohana Yusof,1996).
Melalui rakan sebaya, kanak-kanak dapat memperolehi kemahiran untuk
menyesuaikan diri dalam masyarakat. Kanak-kanak akan belajar menghormati
hak orang lain, bekerjasama, mempelajari peranannya, bertanggungjawab
ke atas tugas yang diberi dan mematuhi peraturan dalam usaha mewujudkan
keharmonian dalam kumpulan. Individu akan mempelajari kemahiran tersebut
secara berperingkat-peringkat dan melalui permainan. (Dr. Khadijah Rohani dan rakan-rakan, 2006).
Selain itu, rakan sebaya berperanan dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Ia berkaitan dengan penerapan nilai yang
dapat diterima oleh persekitaran sosial dalam suatu permainan.
(Hetherington & Parke, 1999). Rakan sebaya merupakan sumber informasi
bagi seseorang kanak-kanak untuk mengetahui nilai dan bagaimana memupuk
sikap baik ketika bermain bersama rakan.
Rakan sebaya juga memainkan peranan penting dalam membantu kanak-kanak
mengembangkan self image dan self esteem kerana ia memberikan suatu
standart bagi seorang kanak-kanak dalam menilai dirinya sendiri.
Kesimpulannya, rakan sebaya sangat mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Di samping mempengaruhi emosi kanak-kanak, rakan sebaya juga mempengaruhi perkembangan mental kanak-kanak.
Antara peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan socioemosi kanak-kanak ialah,
ReplyDeletepengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.Selain itu, yang dijalankan oleh sekumpulan pengkaji dari Universiti Putra Malaysia pula telah mengenal pasti bahawa faktor rakan sebaya merupakan antara faktor penting yang menyebabkan golongan remaja terjerumus kepada perlakuan salah laku sosial. Rakan sebaya juga dikenal pasti mempunyai pengaruh terhadap masalah ketagihan rokok, dadah dan alkohol di kalangan remaja berusia 18 tahun selain dari pengaruh ibu bapa dan persekitaran. Kajian (Abdullah al-Hadi et al. 2001). Azhar (2006) mengatakan pengaruh rakan sebaya terhadap pembentukan sahsiah pelajar banyak memberi tumpuan terhadap pengaruh yang bersifat negatif, namun hakikat bahawa rakan sebaya sememangnya merupakan golongan yang paling hampir dalam kehidupan remaja sendiri harus diberikan pertimbangan yang sewajarnya dalam merangka program-program bagi membolehkan rakan sebaya memberi sumbangan yang positif terhadap pembentukan sahsiah dan akhlak di kalangan mereka.
Rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting. Sekiranya kanak-kanak tersebut bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar, ia akan mendorong akank-kanak tersebut untuk bersikap positif. Di samping itu juga, rakan sebaya antara penyebab golongan remaja terjebak dengan gejala sosial. Hal ini kerana, sekiranya remaja tersebut salah memilih kawan, remaja tersebut akan terjebak dengan perkara negatif. Dalam pada itu rakan sebaya juga merupakan individu yang paling hampir dengan kehidupan remaja. Oleh itu, remaja perlulah bijak dalam memilih rakan sebaya.
DeleteSalam cikNurul, disini saya ingin menekankan tentang Kesan Tekanan Rakan Sebaya Ke Atas Perubahan Cara
ReplyDeleteBerkawan adalah penting bagi kita. Walau bagaimanapun, berkawan boleh menjadi sesuatu yang memudaratkan. Kesan tekanan rakan sebaya boleh mempengaruhi perubahan cara seseorang sama ada cara bercakap, bertingkahlaku mahupun berfikir.
Ada masanya kita akan berasa rakan-rakan kita mendesak untuk berkelakuan dan berfikir secara berbahaya atau tidak boleh diterima oleh akal yang sihat. Tekanan rakan sebaya sesuatu yang lazim di kalangan rakan-rakan dan akan menjadi lebih kuat semasa zaman remaja. Mungkin gerak hati kita ingin meminta kita berhenti menghabiskan masa bersama rakan yang menjadi ‘pengaruh tidak baik’. Namun ia bukan strategi terbaik kerana ia boleh menimbulkan reaksi bertentangan yang membawa kepada rintangan tidak diingini. Penyelesaian yang lebih baik adalah melatih kita berfikir sendiri untuk menahan diri daripada tekanan rakan sebaya yang negatif itu.
Rakan sebaya dan keluarga merupakan dua dunia sosial tempat seseorang itu berkomunikasi. Apabila berada di rumah, seseorang itu akan bergaul dengan keluarganya yang terdiri daripada ibubapa dan adik beradiknya. Manakala apabila dia berada di luar rumah dia akan bergaul dengan rakan sebaya. Rakan sebaya ini terdiri daripada pelajar-pelajar atau remaja yang mempunyai umur yang hampir-hampir sama di antara satu sama lain. Sekian terima kasih
Wassalam Cik Tira. Terima kasih kerana memberi pendapat yang bernas. Pada pendapat saya, remaja tersebut haruslah bijak memilih kawan. Hal ini kerana, jika remaja tersebut salah dalam memilih kawan, mereka akan lebih mudah terjebak dengan gejala sosial. Semasa di rumah, cara komunikasi remaja tersebut adalah berbeza dengan cara komunikasi semasa dia berada di luar bersama kawan-kawannya. Remaja perlulah membuat penyelesaian yang lebih baik adalah melatih kita berfikir sendiri untuk menahan diri daripada tekanan rakan sebaya yang negatif itu.
DeleteAsslammualaikum sis nurul,saya ingin memberi beberapa pandangan mengenai apakah peranan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak hubungan dengan rakan sebaya ini lebih kepada hubungan yang berbentuk kekeluargaan walaupun rakan rakan tersebut bukan lah ahli keluarga mereka. Orang yang paling penting dalam kehidupan kanak-kanak ialah kawan-kawannya. Rakan sebaya itu ibarat cerminan kepada diri kanak kanak. Hal ini kerana, rakan sebaya itu ternyata memberikan impak yang terbesar dalam kehidupan mereka. Ini kerana semakin kanak-kanak membesar, secara tidak langsung hubungan sosial bersama ahli keluarganya menjadi kurang penting. Kanak- kanak bergaul dengan mereka yang sebaya umur, minat dan tahap sosial. Contoh rakan sebaya ialah kawan-kawan, rakan dalam kelas dan anak-anak jiran. Peranan rakan sebaya lebih besar dalam membentuk tingkah laku individu. Walaupun pengaruh ibu bapa merupakan agen sosialisasi yang kuat, ianya akan berkurangan setelah anak-anak mereka memasuki alam persekolahan di mana mereka mula mengenali rakan-rakan baru yang sentiasa menghabiskan masa bersama-sama dan sentiasa berkongsi hal seharian, berkongsi pendapat dan sebagainya..
ReplyDeleteTanpa disedari, anak-anak telah mempelajari cara berinteraksi dan komunikasi dengan rakan yang mempunyai persamaan dari segi usia, pengalaman, peranan pemikiran dan sebagainya. Impaknya, anak-anak dapat mempelajari sesuatu dengan lebih efektif kerana mereka dapat menyesuaikan apa yang dipelajari berdasarkan faktor-faktor tadi.
Jika dibandingkan dengan proses sosialisasi dalam keluarga ianya melibatkan hubungan yang tidak seimbang kerana faktor perbezaan usia, pengalaman dan peranan. Ini dapat dibuktikan apabila mereka lebih menerima dan memberi perhatian kepada setiap perbuatan dan tingkah laku rakan berbanding dengan keluarga mereka. Ini kerana mereka yakin sudah mampu mengawal hidup mereka sendiri. Contohnya, ibu bapa tidak mahu melihat anak-anak mereka berpakaian tidak sopan tetapi tidak pula pada mereka kerana mereka lebih cenderung untuk mengikut trend rakan mereka berpakaian. Di sini dapat dilihat konflik antara nilai yang diambil dari rakan sebaya dengan nilai yang sudah ada di dalam keluarga mereka. Kita tidak boleh menafikan bahawa betapa besarnya kemampuan rakan sebaya dalam mempengaruhi anak-anak daripada keluarga sendiri. Personaliti dan jati diri anak-anak akan berubah disebabkan pengaruh rakan sebaya walaupun sebelum ini mereka sudah dididik oleh keluarga. sekian terima kasih.
Terima kasih atas pandangan anda. Peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak hubungan dengan rakan sebaya ini lebih kepada hubungan yang berbentuk kekeluargaan walaupun rakan rakan tersebut bukan lah ahli keluarga mereka. Orang yang paling penting dalam kehidupan kanak-kanak ialah kawan-kawannya. Rakan sebaya itu ibarat cerminan kepada diri kanak kanak. Hal ini kerana, rakan sebaya itu ternyata memberikan impak yang terbesar dalam kehidupan mereka. Ini kerana semakin kanak-kanak membesar, secara tidak langsung hubungan sosial bersama ahli keluarganya menjadi kurang penting. Kanak- kanak bergaul dengan mereka yang sebaya umur, minat dan tahap sosial.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteberdasarkan pernyataan diatas, saya amat bersetuju bahawa rakan sebaya boleh mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak. jika diingat pada masa kita kecil, kita lebih cenderung menghabiskan masa dengan rakan sebaya atau dalam lingkungan yang sama dengan melakukan aktviti bersama-sama berbanding dengan ibu bapa. sehinggakan ada yang sangup dari pagi hingga petang tanpa mengira waktu bermain bersama-sama. antara aktiviti yang sering dilakukan oleh kanak-kanak ialah bermain masak-masak dan meniru aksi dalam lakonan dengan mengambil watak-watak tertentu dan selalunya aksi berlawan dalam komik. semasa melakukan aktiviti inilah sosio emosi kanak-kanak itu akan berkembang. kanak-kanak lazimnya menjadikan rakan sebaya sebagai panduan mereka. sebagai contoh, kebanyakkan kanak-kanak lebih suka bercerita dengan rakan sebaya berkaitan dengan benda yang mereka suka dan tidak suka. bagi kanak-kanak yang suka marah, mengejek dan merajuk, kanak-kanak akan cenderung mengikut sikap dan perlakuan rakannya. oleh itu, ibu bapa perlu memantau dengan siapakah anak mereka berteman. bagi rakan-rakan yang sentiasa riang, gembira dan optimistik maka kanak-kanak apabila besar akan cenderung ke arah itu. oleh itu, pergaulan kita dengan rakan sebaya amat menentukan sikap dan tingkah laku seorang kanak-kanak itu.
ReplyDeleteTerima kasih kerana bersetuju dengan pernyataan saya. Ya. Rakan sebaya sanagt mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak tersebut. Hal ini kerana, mereka sudah mula berinteraksi bersama-sama dan membuat aktiviti bersama mengikut tahap umur. Aktiviti bermain juga sering dilakukan oleh kanak-kanak. Secara umumnya, kanak-kanak akan menjadikan rakan sebayanya sebagai contoh. oleh itu, ibu bapa perlu memantau dengan siapakah anak mereka berteman. bagi rakan-rakan yang sentiasa riang, gembira dan optimistik maka kanak-kanak apabila besar akan cenderung ke arah itu. Oleh itu, pergaulan kita dengan rakan sebaya amat menentukan sikap dan tingkah laku seorang kanak-kanak itu.
ReplyDelete